30 June 2010

Tips Simpan Duit - Versi Aku

Assalamulaikum wbt..

Alhamdulillah, masih lagi kite diberi peluang menikmati pemberian-pemberian Allah swt walau hakikatnya kita masih banyak memungkiri janji-janji kita dengan-Nya.

Post kali ini tiada kaitan langsung dengan software ataupun programming. Just nak share beberapa tips yang aku rasa baik untuk masa depan kita. Sebab utama timbulnya idea untuk post nie adalah kerana tuan tanah pun memang tengah usaha kumpul duit,
dan juga setelah melihat ramai dalam kalangan kita umat Melayu ni masih tak nampak peluang yang terhidang di depan kita. Sebenarnya kalau nak diikutkan, bukannya susah nak simpan duit, "Eleeh, takat nak simpan tu, aku pn tau". Tapi sejauh mana disiplin kita, cara kita, dan keghairahan kita untuk simpan duit? Ramai antara kita bila dapat duit dari PTPTN, mak ayah or kawan bayar hutang, mesti teringin nak beli tu, beli ni, nak tengok wayang, main boling dengan kawan-kawan. Jadi kat bawah ni aku sediakan beberapa tips tentang cara terbaik utk kita simpan duit-versi aku.

Kalau tak nak follow pun tak mengapa. Aku tak dan nak suruh2 pun. Tapi buktinya, tanpa bekerja part time, aku berjaya beli JMD1426 dengan cash lump sum, 4 kali tukar handset baru dan dekat bank masih ade simpanan cukup untuk bayar down payment Proton Gen2 atau hantaran kahwin untuk gadis idaman bertaraf ijazah, walaupun umur aku tak genap lagi 21 tahun.

"TIPS 1 - SEDARI DIRI ANDA SEPENUHNYA"

Know yourself first. Bukan ape, kadang-kadang kita ni datang dari keluarga yang tak kaya mana pun, tapi tang belanja dah macam gaya orang tak der hutang PTPTN. Semua kejadian pun ada hikmahnya. Tak semua orang dilahirkan dalam keluarga yang serba cukup. Aku pun datang dari keluarga yang dulunya terpaksa jual kebun di kampung sebab nak masuk universiti. Pada yang seangkatan dengan aku, hargailah pemberian orang tua walau sekecil mana sekalipun. Setiap sen yang kita belanjakan, kita kene taw betapa susahnya orang lain nak dapatkan benda yang sama. Tengok sekeliling kita, ada orang minta sedekah, ada orang jual tisu kat jejantas dan mcam-macam lagi. Hidup tak menentu, mana lah taw 1 masa nanti kita terpaksa mengharapkan simpati orang lain. Aku bagitau ni sbb aku dh pernah lalui pengalaman camtu. Jadi, sedar lah sapa asal usul kita sebenarnya.

"TIPS 2 - PAY YOURSELF FIRST"

Haa jangan salah faham, maksud aku kat sini bukannya bila dah seminggu tak tido buat assignment, then bila dah siap terus jalan-jalan ke Quensbay. Pakar kewangan kata, simpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji anda. Memanglah kita belum bekerja, tapi setiap kali PTPTN masuk, setiap kali mak ayah bagi duit tu kira gaji kita sebagai pelajar lah kan. Kata lah PTPTN masuk semester ni RM2000, jadi sepatutnya RM200 kita dah amik awal-awal untuk simpanan. Kalau setiap semester maintain camni, bila konvo sepatutnya ada RM1200 (RM200 x 6 semester) dalam tangan, cukup untuk cover hidup sementara menganggur tu. Benda yang sama jugak patut diamalkan setiap kali mak ayah bagi duit.

Versi aku, bila dapat PTPTN tiap kali masuk semester baru, RM1500 (75%, not 10% ok) awal-awal aku dah masuk dalam separate akaun. Bila siblings aku bagi RM200 (bese RM150 je, huhu) untuk belanja sebulan, awal2 aku dah amik RM150 masuk dalam separate akaun tu jugak. Then cabar diri sendiri sama ada boleh bertahan atau tak dengan baki duit yang ada tu.

"TIPS 3 - MAKAN BILA LAPAR"

Ramai yang kata tak boleh kedekut bila tang makan-makan ni. Tapi berpada-pada la. Makan banyak mana pun, perut kita besar tu juga. Makan McD ker, KFC ker, tak mengapa la kan. Tapi sekadar yang perlu dah la. Akhirnya masuk ke rektum juga. Ikut sunnah Rasulallah, makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang, baru la sihat ye tak. Body pun mantain. Dalam kes ni, disiplin sangat penting. Ajar diri sendiri bagaimana nak makan hanya RM6 sahaja untuk 1 hari.

Versi aku, paling kurang dalam 1 hari mesti ade sekali makan berat, tak kisah la b'fast, lunch or dinner. Yang selebihnye tue makan ala kadar pun dh ok dah, tak makan pun tak mengapa. Tak mati pun. BUlan Ramadhan boleh je kita tak makan 1 hari. Kawan kita di Somalia sana hanya makan rumput je untuk teruskan hidup. Tapi air kosong sangat penting untuk aku. Tiap hari mesti cukup 1 liter lebih. Air terdiri daripada molekul hidrogen dan oksigen. Sebab tu ia adalah pembawa oksigen yang baik. Hipotesis aku, jika air kosong banyak oksigen, maka otak boleh "overclock" kerana oksigen baik untuk otak.

"TIPS 4 - ASB AND SEPARATE ACCOUNT"

Ramai antara kita yang ada 2 or 3 akaun kan. Tiap hujung bulan, korek akaun mana yang ada duit lagi. Salah tu sebenarnya. Spare kan 1 akaun khas untuk simpanan backup, then bukak akaun ASB dekat mana-mana cawangan CIMB, Maybank, or RHB. Duit hasil 10% tadi tu simpan dalam akaun simpanan backup tadi. Agak-agak dah lebih dari yang boleh wat backup, transfer pula dalam akaun ASB untuk simpanan tetap supaya dapat dividen tiap bulan 1 every year. Kata lah RM1200 tadi ada dalam ASB, maka kita akan dapat RM84, based on dividen ASB tahun lepas iaitu 7%.

Versi aku, aku akan makesure dalam BSN mesti ada RM1000 untuk backup, in case anything happen (sbb aku mmg selalu hilang barang)..Masa nak praktikal pun aku spare jumlah yang sama, in case kena cari rumah sewa. Then lain-lain baki semua letak dalam ASB untuk simpanan tetap. Duit dalam CIMB cuma spare dalam RM200-RM300 sahaja untuk belanja harian dalam 1 bulan. Sekali lagi, disiplin diri adalah sangat penting.

"TIPS 5 - DIDIK DIRI UNTUK TAHAN KEMAHUAN DAN KEINGINAN"

Haa ni perkara paling penting, dan paling ramai antara kita yang susah nak buat. Sape tak teringin nak makan McD, KFC. Sape tak teringin nak ikut bila kawan ajak pergi Batu Feringgi, Quensbay tengok wayang dan macam-macam lagi. Itu lah namanya keinginan, atau dengan kata lain, nafsu. Hidup biar simple, ringkas sebab kita tak tahu apa yang akan jadi masa akan datang. Aku bagi contoh, harga Mega Mac adalah RM13, cukup untuk makan berat 2 kali yang ternyata terbukti oleh pakar lebih mengenyangkan. Bukannya kita tak boleh dapatkan apa yang kita inginkan, tapi berpada-pada lah. Ingat pada mak ayah kita yang bersusah payah di kampung membesarkan kita dengan serba kekurangan, tapi kita di sini seronok melihat dunia yang tak kekal lama ni.

Versi aku, aku mmg teringin nak beli banyak benda. LCD, hardisk, android, bag laptop baru, kasut adidas F5 futsal version dan banyak lagi. Tapi prinsip aku, beli barang yang betul-betul bernilai dengan wang ringgit. Bayar mahal tak mengapa, yang penting kualiti dan tahan lama.

"CONCLUSION"

Mak ayah aku sangat-sangat jarang bagi duit. Kalau siblings bagi pun, dalam RM150 sahaja sebulan. Semuanya bertitik tolak daripada PASSION kita terhadap sesuatu. Kalau kita tahu matlamat kita untuk simpan duit ini untuk tujuan apa, beli kereta ker, moto ker, handset baru ker, nak kahwin ker, insyaAllah tiada masalah untuk kita capai..PASSION+DISIPLIN perlu ada dalam diri kita umat Melayu. Kalu bukan kita tolong diri sendiri, siapa lagi yang nak tolong. Tips-tips ni sebagai panduan sahaja. Kalu nak ikut pun bagus, tak nak ikut pun tak mengapa. Setakat ni alhamdulillah jugak la, simpanan aku cukup untuk bayar lump sum Yamaha Lagenda original lagi 2 biji. Sebagai galakan untuk semua kawan-kawan aku, cuba-cubalah untuk wat simpanan bagi masa depan. Tak kerja part time pun tak aper, yang penting disiplin diri.






p/s: kj part time kalu asik belanja sana sini pun susah gak. Baik takyah, boleh kosentrat study.ekekeke








.

7 comments:

  1. entry baru! hehe...
    tertarik dengan ini..

    " dekat bank masih ade simpanan cukup untuk bayar down payment Proton Gen2 atau hantaran kahwin untuk gadis idaman bertaraf ijazah "

    hehe..sy la gadis idaman bertaraf ijazah tu kn?? kn? *wink3* (^_^)v

    ReplyDelete
  2. like diz post...
    ada 1 dr 5 tips tersebut yg cik kumbang wat...start dr 1st sem lg...=)
    Alhamdulillah..da beranak-pinak ia dlm b*** tu...hehehe...

    ReplyDelete
  3. cool ^__^ i also faced this problem.. duit asyik abis.. tak pernah simpan.... gud tips ^_^





    Aiz latest entry
    How to be profesional blogger
    babysitter attacked by a cat brutally! must watch!
    Idea untuk susun wayar komputer

    ReplyDelete
  4. siblings bg 150 sebulan..
    saya?
    xd sape2 pun bg economic outpatient care, betul2 depends kt jpa.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. jpa xpe, 1 sem pun dh cukup byk & lebih dari cukup dh sebenarnya klo pandai berjimat cermat...heheh..

    ReplyDelete

terima kasih.