18 December 2010

Android Developer - Getting Started

Assalamulaikum wbt..

Artikel kali ini adalah mengenai panduan ringkas sebelum mula membangunkan aplikasi Android, terutama kepada mereka yang masih baru dalam bidang ini. Artikel lanjut dan informasi terbaru boleh didapati di blog saudara Amrud. Bagi mereka yang pernah membangunkan aplikasi dalam platform Windows Mobile (6.1 atau 6.5), langkah-langkahnya lebih kurang sama.

Untuk pengetahuan mereka yang masih baru dalam bidang aplikasi mobile, pembangunan aplikasi memerlukan sekurang-kurangnya 3 benda, iaitu IDE ( seperti Eclipse, Visual Studio atau Netbeans), Software Developement Kit atau SDK dan terakhir sekali Device Emulator. Device Emulator adalah applikasi "Sandbox" yang bila diklik, OS akan menyediakan persekitaran yang menyerupai device sebenar, sebagai contoh PDA untuk Android or Windows Mobile, termasuk jumlah RAM, peripheral, virtual SMS, MMS and Wifi connection. Ini adalah untuk memudahkan anda debug aplikasi yang anda bangunkan tanpa perlu install pada PDA sebenar.



Langkah-langkah yang perlu anda lakukan sebelum memulakan aplikasi HelloWorld adalah seperti di bawah:
1) Install Android SDK
2) Install ADT Plugins untuk Eclipse
3) Lengkapkan Android Platform d an Software Package yang lain

Install Android SDK

Bagi pengguna Windows, sila gunakan versi yang disyorkan seperti yang tertera dalam gambar di bawah:


Double click pada Installer dan pastikan komputer anda mempunyai sambungan Internet yang stabil. Untuk update SDK, cari Android SDK and AVD Manager di Start Menu anda, klik kanan dan pilih Run as administrator. Ini bagi mengelakkan masalah "Access denied" semasa menambah platform atau SDK dalam folder "C:\Program Files\Android\android-sdk-windows" anda. Sila rujuk gambar di bawah:


By default, SDK yang telah anda download akan menggunakan platform terbaru, sebagai contoh Android 2.3 API 9, revision 1. Oleh kerana PDA yang menggunakan Android versi ini masih kurang di pasaran, saya syorkan untuk menambah Android SDK 2.1 dan 2.2. Tick pada semua checkbox dan klik "Install Selected". Tunggu sehingga updata siap dilakukan.

Install  ADT Plugins Untuk Eclipse

Bagi mereka yang belum memiliki Eclipse, sila download Eclipse versi Helio di sini. Untuk makluman, saya menggunakan versi Galileo dan mungkin screenshot yang tertera sedkit berbeza dari versi Helio. Buka Eclipse anda. Klik pada Help > Install New Software dan masukkan URL di bawah dalam ruangan "Work with".

https://dl-ssl.google.com/android/eclipse/
 
Eclipse akan cuba mencari Developer Tools daripada server Google. Tick pada ruangan checkbox, butang Next dan tunggu sehingga selesai. Sila rujuk gambar di bawah:


Masih dalam Eclipse, buka Windows > Preference dan pilih Android dalam senarai option di sebelah kiri. Sila pastikan "SDK Location" dengan browse ke dalam directory SDK yang telah anda intallkan sebentar tadi. Klik butang "Apply" dan Eclipse mungkin perlu di restart. Sila rujuk gambar di bawah:


Kini anda berada dalam langkah yang terakhir sebelum memulakan aplikasi HelloWorld. Dalam Eclipse, pergi ke Windows > Android SDK and AVD Manager. Pilih "Virtual Device" di panel sebelah kiri dan klik "New". Taipkan nama virtual device anda dan pilih target platform. Biarkan default pada pilihan lain dan klik "Create AVD". Sila rujuk gambar di bawah:


 
Itu sahaja untuk Eclipse dan semuanya sudah sedia untuk anda menjadi salah seorang Android Developer. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk pada Android Official Website. Welcome to the club!!!


p/s - sedang cuba untuk membuat artikel tutorial dengan menggunakan bahasa Melayu skema..ekekeke

8 comments:

  1. wah...
    da ada tutorial android..
    *thumbs up*

    ReplyDelete
  2. 2 thumbs up for u..hehe...

    p/s:x sabar nk g workshop android next week..^_^

    ReplyDelete
  3. yay...ada wakill...sila2 la p...nnti ley sharing n caring..he3...
    regret sgt tak dapat p...huhu..

    ReplyDelete
  4. Awat ko xp dowh??? kuciwa la aku
    sapa nk tunjuk aku nti

    ReplyDelete
  5. ak terikat ngn SAP (sakit and pening) punya workshop..
    tak bole lari..lari sehari kena bayar rm300..huhu..

    yazid: sila tarik balik sharing JMD kepada Qyra...haha..

    ReplyDelete
  6. Aisey..ye ker..maik kau 300..hahaha.

    Xpa2..actually aku ngn alfin plan nak wat programmer circle utk kita bdak2 melayu cs ni..xksah la lam blog ker, pe pndapat kau?

    ReplyDelete

terima kasih.